SEJARAH SEKOLAH



Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu pada asalnya merupakan sebuah yang terdiri daripada himpunan sekolah lama, Sekolah Perempuan Kampung Baharu. Dikalangan sekolah-sekolah berkenaan, ianya dikenali sebagai " Sekolah Pokok Manggis".

Pada April 1961, bangunan sekolah ini yang dibina daripada papan akhirnya telah dirobohkan dan digantikan dengan bangunan tiga tingkat. Upacara perletakan batu asas telah dilaksanakan oleh D.Y.M.M Tengku Ampuan Besar Jema'ah Selangor pada 15 April 1962.

Pada 12 Jun 1963, sebuah klinik telah diwujudkan disekolah bertujuan untuk memudahkan  penduduk sekitar mendapatkan perkhidmatan. Kemudian pada 7 Februari 1965, sebuah kelas untuk murud-murid bisu dan pekak telah diwujudkan.

Pada tahun 1984, murid-murid lelaki mula diterima masuk ke sekolah dimana sebelumnya hanya menerima murid-murid perempuan sahaja. Motto sekolah yang asal yang terdapat pada lencana sekolah iaitu "Ilmu Suloh Kemjuan" telah diubah dan ditukarkan kepada " Usaha Tangga Kemajuan".

Kini, dibawah satu pentadbiran dan dua sesi persekolahan, sekolah ini mempunyai seramai 44 orang guru terlatih dna dibantu oleh 4 staf sokongan sekolah bagi mengurus, mendidik dan membimbing murid-murid seramai 492 orang daripada berbilang bangsa dengan nama  SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BHARU.