Kem Membaca 1 Malaysia 2015

Pada 21 April 2015, Kem Membaca 1 Malaysia 2015 (KM1M) telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Kampung Bharu iaitu Puan Norzan binti Haji Din. Kem ini merupakan salah satu aktiviti utama Kementerian Pendidikan Malaysia dibawah Program Gerakan Tabiat Membaca yang diurusetia oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Program ini bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan sebagai pemangkin kepada proses pembelajaran sepanjang hayat.

Program ini akan berlangsung selama tiga hari iaitu 21, 22 dan 23 Apri 2015. Tema bagi program KM1M kali ini ialah Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia.









Pelancaran Bulan Kreativiti SKKB 2015

Pada 6 April 2015, majlis Pelancaran Bulan Kreativiti peringkat SK Kampung Bharu 2015 telah dirasmikan oleh Puan Norzan binti Haji Din, Guru Besar SK Kampung Bharu. 

Tema Bulan Kreativiti tahun ini ialah "Kreativiti Pemangkin Kecemerlangan Modal Insan". Program ini dianjurkan dengan kerjasama beberapa panitia seperti Panitia Kemahiran Hidup / RBT, Sains, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pend. Seni Visual dan Muzik. 




Gotong-Royong Perdana 2015

Pada 4 April 2014, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kampung Bharu dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan gotong-royong untuk membersihkan kawasan persekitaran sekolah. 

Objektif program ini ialah untuk membersihkan kawasan-kawasan yang boleh terdedah kepada pembiakan nyamuk Aedes. Selain itu, program ini dapat mengeratkan lagi perhubungan diantara ibu bapa dan guru-guru SK Kampung Bharu.  




























Pasukan Bola Tampar SK Kampung Bharu harumkan nama sekolah


Pada 24 Mac 2015 yang lalu, pasukan bola tampar SK Kampung Bharu (SKKB) telah menyertai Kejohanan Bola Tampar Sekolah-sekolah Rendah WP Kuala Lumpur peringkat Zon Keramat tahun 2015. Hari pertama pertandingan, hanya dilansungkan perlawanan pusingan awal sahaja dan pasukan SKKB layak untuk ke peringkat suku akhir yang dilansungkan pada 26 Mac 2015. 

Pada pusingan suku akhir, pasukan SKKB berjaya menumpaskan pasukan lawan untuk layak ke peringkat separuh akhir. Di separuh akhir, nasib tidak menyebelahi pasukan SKKB dan sekadar merangkul tempat ketiga. Walaubagaimanapun, ini satu keputusan yang dibanggakan oleh seluruh warga SKKB dengan kejayaan pasukan bola tampar SKKB tahun ini. Tahniah!!!